ASSALAMUALAIKUM.
Okay minggu depan register kat UIA. Minggu depan!!!! Wahh :O Jujur, saya memang takut nak masuk U. Nak masuk fasa baru yang buat saya tertanya, "boleh ke aku buat ni?. Tapi, pada masa sama, tak sabar dah nak blah dari rumah. Haha okay kejam. Serius lah, tak sanggup lah nak terperap kat rumah ni lagi Ughh.Saya tak dapat bayangkan macam mana kat UIA tu nanti. Paling tak suka sebab masa minggu orientasi aka Taaruf Week ada English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT). YA ALLAH! English saya dah lah tunggang langgang, dengan dah lama tak buat esei, soalan comprehensionnya!!! TAKUT!!! Then, arabic! Saya ni nama je budak Johor, sekolah agama sampai darjah khas bagai tapi bahasa Arab saya memang haihh tak tahu lah nak cakap macam mana. MALU! Tapi daripada hasil kajian saya aka blogwalking blog-blog senior UIA, kebanyakan budak tulis nama je kat kertas soalan Arab tu, lepas tu terus blah. HAHAHA okayy. Plus, diorang semua kata kelas bahasa Arab best, macam boleh release tension gitu. Tapi diorang semua tak suka kelas English. Jadi, diorang nasihatkan buat EPT betul-betul, exempted terus lagi bagus. Haa insyaAllah :)
Ohh bagi yang tak tahu, sebenarnya, EPT dan APT tu menentukan berapa lama kita buat asasi. Kalau English/Arabic/ English dan Arabic kita bagus, tempoh masa untuk kelas bahasa tu sekejap, dapatlah buat asasi setahun ke setahun setengah. Tapi saya tak kira, saya nak buat 2 tahun juga. Cehh macam lah layak nak buat setahun :p Hmm sorang senior ni tulis kat blog dia, untung buat 2 tahun sebab tak tertekan sangat sebab kita tak rushing ke apa. 2 tahun kan? Jadi tak adalah study sampai tak ada life. Katanyalah. Tapi ada betulnya juga, tak? :) Saya ni pun bukannya jenis yang boleh ditekan dan tertekan. Padanlah kot.
Maklumat lain yang saya dapat, makanan kat kafe sedap. HAHAHAHAHAHAHA HABIS HABIS -,- Katanya budak UIA baik-baik belaka. Tak adalah jenayah macam mencuri dll dan senior tak ada nak ragging junior semua tu. Seriously? Haha kita tengok nanti. Pendek kata, fakta-fakta yang saya jumpa semuanya best je pasal UIA ni. Haha minta-minta bukanlah sekadar 'indah khabar dari rupa' :) Lepas tu, rasanya satu bilik dua orang kat hostel. Saya tak adalah kisah sangat dapat roommate macam mana pun. Saya cuma risau saya yang tak boleh jadi roommate yang err at least okay lah. Hmm ..... harap semua akan okay je :')
P.S: Tak kisahlah belajar kat mana pun, yang penting kita belajar kerana Allah.