Sunday 27 May 2012

Seminggu lagi.

ASSALAMUALAIKUM.


Okay minggu depan register kat UIA. Minggu depan!!!! Wahh :O Jujur, saya memang takut nak masuk U. Nak masuk fasa baru yang buat saya tertanya, "boleh ke aku buat ni?. Tapi, pada masa sama, tak sabar dah nak blah dari rumah. Haha okay kejam. Serius lah, tak sanggup lah nak terperap kat rumah ni lagi Ughh.

Saya tak dapat bayangkan macam mana kat UIA tu nanti. Paling tak suka sebab masa minggu orientasi aka Taaruf Week ada English Placement Test (EPT) dan Arabic Placement Test (APT). YA ALLAH! English saya dah lah tunggang langgang, dengan dah lama tak buat esei, soalan comprehensionnya!!! TAKUT!!! Then, arabic! Saya ni nama je budak Johor, sekolah agama sampai darjah khas bagai tapi bahasa Arab saya memang haihh tak tahu lah nak cakap macam mana. MALU! Tapi daripada hasil kajian saya aka blogwalking blog-blog senior UIA, kebanyakan budak tulis nama je kat kertas soalan Arab tu, lepas tu terus blah. HAHAHA okayy. Plus, diorang semua kata kelas bahasa Arab best, macam boleh release tension gitu. Tapi diorang semua tak suka kelas English. Jadi, diorang nasihatkan buat EPT betul-betul, exempted terus lagi bagus. Haa insyaAllah :)

Ohh bagi yang tak tahu, sebenarnya, EPT dan APT tu menentukan berapa lama kita buat asasi. Kalau English/Arabic/ English dan Arabic  kita bagus, tempoh masa untuk kelas bahasa tu sekejap, dapatlah buat asasi setahun ke setahun setengah. Tapi saya tak kira, saya nak buat 2 tahun juga. Cehh macam lah layak nak buat setahun :p Hmm sorang senior ni tulis kat blog dia, untung buat 2 tahun sebab tak tertekan sangat sebab kita tak rushing ke apa. 2 tahun kan? Jadi tak adalah study sampai tak ada life. Katanyalah. Tapi ada betulnya juga, tak? :) Saya ni pun bukannya jenis yang boleh ditekan dan tertekan. Padanlah kot.

Maklumat lain yang saya dapat, makanan kat kafe sedap. HAHAHAHAHAHAHA HABIS HABIS -,- Katanya budak UIA baik-baik belaka. Tak adalah jenayah macam mencuri dll dan senior tak ada nak ragging junior semua tu.  Seriously? Haha kita tengok nanti. Pendek kata, fakta-fakta yang saya jumpa semuanya best je pasal UIA ni. Haha minta-minta bukanlah sekadar 'indah khabar dari rupa' :) Lepas tu, rasanya satu bilik dua orang kat hostel. Saya tak adalah kisah sangat dapat roommate macam mana pun. Saya cuma risau saya yang tak boleh jadi roommate yang err at least okay lah. Hmm ..... harap semua akan okay je :')


P.S:  Tak kisahlah belajar kat mana pun, yang penting kita belajar kerana Allah.



Saturday 26 May 2012

Congrats, Love ❤

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah :) Congrats on the Copa del Rey, FC Barcelona. What a perfect ending of the season. 
 Thank you so much, boys :') 

And Pep, thank you for these fantastic four years. That was one BREATHTAKING ride!!!!!!!!!  You might  have taken off you seatbelt but we can promise you, we'll remain seated for another amazing ride with Tito. We're gonna miss your Pepsimism. We'll be waiting for your comeback. We'll be waiting. Te veo pronto. Gracies Pep.

Anyway, Messi looks sooooooo fine in this picture! Sooooooo fit. Soooooooo cute. And his messy hair; I can't.
ASDFGHJKL :3

Thursday 24 May 2012

Little Messi :)

ASSALAMUALAIKUM.


Tadi kan, saya terjumpa kat Twitter, diorang kata Nazmi Faiz dah makin popular kat Portugal. Haha siap surat khabar 'O Jogo'  bagi dia gelaran "O Pequeno Messi" aka Little Messi. WAHHH :O Haa tulah, saya awal-awal dah kata dia ni macam Messi, korang je sibuk panggil dia Kaka Malaysia sebab muka diorang sama! *Tiba-tiba* Hehe sebenarnya saya rasa dia macam Messi sebab cara diorang lari sama - laju gila dan nampak sangat comel; faktor saiz badan diorang yang lebih kurang mungkin? :p  Lepas tu gol Nazmi vs Bahrain yang WOW tu, kan dia guna kaki kiri. Macam siapa? Macam Messi! Hee. Tapi sebenarnya lah kan, saya yakin Nazmi lebih suka kalau dipanggil Little Xavi. Hahahaha  Xavi kan idola dia. Pada dia, Xavi pemain terbaik dunia. Err FINE NAMI FINE! Tak puas hati pula ni!! :p Sekarang ni, Little Messi ke Little Xavi ke, saya rasa rakyat Malaysia tetap bangga dengan pencapaian Nazmi ni. Tahniah! :) Jujur, saya rasa malu dengan diri sendiri bila tengok budak sebaya saya dah sampai tahap ni. Terasa diriku 'underachiever'. Sumpah -,- Tapi bukanlah secara negatif. Takda rasa dengki pun. Sikit pun takda. Bangga adalah. Cuma rasa tercabar tu adalah juga Hehe :p

Kepada Nami, semoga suatu hari nanti awak dapat jadi pengganti Messi. Maksud saya, sebagai pemenang Ballon d'Or tiga kali berturut-turut. *Amboi tinggi cita-cita* Ehh Siapa tahu kan? ;D Apa-apa pun, Nami buat yang terbaik ya? Kami cuma mampu menyokong dari jauh. GO NAMI GO!!!!!!!!!!! :')

P.S:  Messi tetap 'Little One' saya  :)