Tuesday, 10 April 2012

Messi vs Ronaldo

ASSALAMUALAIKUM

Hi. Okay, tengok tajuk pun dah tau saya nak blog pasal apa kan? Haihh lagi? Hmm tak habis-habis dengan bola sepak, tak habis-habis dengan Messi. Hahaha kan? Saya pun bosan dengan diri sendiri dan saya sedar tu tapi dah addicted tahap kronik ni, nak buat macam mana? Maafkan saya *bak kata Zizan*.

Sebenarnya, ni semua sebab orang yang ajak debat pasal Messi vs Ronaldo kat Twitter semalam. Saya nak berhujah tapi tak boleh lebih 140 characters la pula. Hee :p Jadi, izinkan saya membebel kat sini ya. So, saya rasa dia ni tak pernah tengok Messi main kot. Dia cakap, "Messi sebab laju je"  Ha Ha Ha Ha  orang yang pernah tengok Messi main tak ada cakap macam tu lah. Walau macam mana diorang sayang/minat Ronaldo/Real Madrid pun, kalau diorang seorang peminat BOLA SEPAK dan bukan sekadar peminat PEMAIN BOLA SEPAK, diorang tak akan dapat nafikan Messi memang hebat. Tak percaya? Tengok ni.



Seriously, saya yakin dia tak pernah tengok Messi dribble [x], tak pernah tengok Messi buat panna [x] , tak pernah tengok macam mana Messi pass [x], tak pernah tengok macam mana  Messi control bola [x], tak pernah tengok macam mana 'si ketot' tu boleh lepas 4-5 defenders yang lebih TINGGI daripada dia [x]. So, dia laju je? HAHAHA dia lebih daripada tu. Your argument is invalid. Maafkan saya. Ohh ya, dan dia cakap Ronaldo special sebab free-kicks dia? Excuse me, cer cite apa yang Messi buat ni. Tolonglah cerita!


Lepas tu dia cakap pasal Ronaldo handsome, tough etc. Okayyy ...


Ehh? Kalau nak pandang orang ada rupa je pun tak boleh juga. Fine, memang Messi tak hot, tak handsome, tak tough macam Ronaldo. Tapi senyuman dan lesung pipit dia tu menyejukkan mata memandang dan terlebih cukup untuk buat peminat perempuan dia cair. In fact, bukan setakat peminat perempuan je yang cair ...

Haa macam mana tu? Takut ~
Dan saya ada sebut pasal pure talent. Kalau tengok gambar second kat atas, korang nampak kan, bukan saya sorang yang guna perkataan 'pure talent' untuk Messi. Sebenarnya siapa entah cakap, "Messi is a pure talent, while Ronaldo is a result of training hard." Saya copy ayat dia je :p  Kenapa saya cakap dia ni pure talent? Cuba tengok video 1 dan video 2 ni. Ya, itu Messi masa umur 5 dan 10 tahun. Nampak tak dia kecil-kecil dah sangat sangat passionate bila main bola sepak? Nampak tak dia main tahap lebih tinggi daripada sepatutnya? Nampak tak macam mana dia langsung tak nak pass bola tu? Nampak tak berapa lama dia juggle bola tu? Nampak tak betapa adorablenya dia masa kecil-kecil? Haha ya, irrelevant.  Apa yang saya nak sampaikan, itu pure talent! :) Dan tak payah lah nak cakap pasal Real Madrid top La Liga. Gap makin kecil tau. Just saying :)

Sekarang ni, saya mengaku saya memang rasa Ronaldo tu pemain yang hebat. Betul tak tipu. Tapi dia tak boleh WOW saya macam yang Messi buat sejak pertama kali saya tengok dia main. Terkesima tahu? Tapi, suka hati korang lah nak cakap siapa lebih bagus. Itu hak korang nak menilai. Dua-dua ada keistimewaan sendiri. Messi dengan cara Messi, Ronaldo dengan cara Ronaldo. Cuma, kalau korang tanya saya berjuta kali pun, jawapan saya tetap Messi lebih bagus sebab dia sangat unik. So, maafkan saya. Bye bye :p


Interviewer: Who is the best player in the world?
Arsene Wenger: Lionel Messi.
Interviewer: Who is the best player of all-time?
Arsene Wenger: Lionel Messi.

No comments: