ASSALAMUALAIKUM.
1. Saya tersalah tulis nombor karangan BM yang saya jawab. Bayangkan, saya jawab soalan nombor 3 tapi kat kertas jawapan tertulis nombor 2 dan dah hantar baru sedar. Tak ke haru?????? Takut weyy, takut kalau dia anggap lari tajuk ke, tak menjawab soalan ke apa. Karangan bahagian B 100 markah tu! BM lagi tu!! Haihh cuai gila!!! Tapi alhamdulillah pemeriksa baik hati kot :)
2. Karangan BI pula, tengok semua tajuk tak ada satu pun yang spotted keluar. Terus tak ada idea. Bayangkan? Fikir punya fikir, akhirnya terpaksa buat soalan 1; A famous person you admire. Haha cubalah teka saya tulis pasal siapa? Hahahaha tak payah teka kot. Ya, saya tulis pasal Lionel Messi. Sesungguhnya saya tak pernah sangka saya akan tulis karangan pasal dia. Dalam SPM pula tu? Bila dah tulis tu, amboi semangat sampai tiga setengah muka surat tau. Hahaha bukan main kan? Dan alhamdulillah BI dapat A+. Phewwww, kalau tak, membazir je dakwat, kertas, tenaga membebel pasal Messi tu kan.
3. Saya buat PA dengan sangat teruk. Dan saya langsung tak sangka boleh dapat A! Ya Allah, alhamdulillah :)
4. Saya rasa Chemistry tak pernah suka saya. Saya nak dia tahu yang saya pun tak pernah suka dia Welkkk :p
Kepada kawan-kawan yang cemerlang keputusannya, tahniah. Kepada yang keputusan biasa-biasa saja, tak perlu rasa rendah diri. Akademik bagus tak menjamin kejayaan dunia akhirat pun. Bersyukurlah :) Masuk universiti nanti kita sama-sama perbaiki diri, ya? InsyaAllah :')
Keep Calm and Carry On
No comments:
Post a Comment